Cahaya Hidayah

Hati, Ujian dan Kepatuhan

Kegemilangan Islam menerusi wasyatiyah

leave a comment »

Oleh Dr Juanda Jaya
juanda72@hotmail.com

Berdakwah perlu secara sederhana, tidak terlalu berlebihan atau ambil mudah

PROVOKASI ternyata gagal membakar kemarahan rakyat Malaysia yang semakin matang berfikir dan bertindak. Kes penemuan kepala babi di masjid dan pembakaran beberapa gereja oleh individu yang mahu menangguk di air keruh dihadapi dengan cukup berwaspada.

Tidak seperti di sesetengah negara Islam yang amat mudah dirangsang bara permusuhan antara etnik dan agama, rakyat Malaysia cukup rasional. Mereka amat menjaga sensitiviti saudara sebangsa serta menghormati kepercayaan agama lain. Inilah kekuatan umat Islam yang sememangnya dituntut agama kita

Setelah membina kekuatan besar di Madinah, Rasulullah pernah ditegah memasuki Makkah untuk menunaikan umrah oleh orang kafir. Pada hal ketika itu Madinah muncul menjadi negara Islam yang semakin kuat.

Bagaimanapun, Rasulullah akur dengan keputusan perjanjian Hudaibiyah yang dimeterai bersama kafir Quraisy. Sehinggakan sahabat tidak berpuas hati dan mahu menyerang Makkah yang sudah lemah itu.

Walaupun umat Islam ketika itu majoriti terbesar dan semakin kuat, Rasulullah tidak sewenang-wenang menyerang. Jika mereka mengajak berdamai, baginda menyambut ajakan mereka. Di sini kita melihat dakwah baginda yang cukup diplomatik.

Ini sesuai dengan tuntutan wahyu yang bermaksud: “Wahai orang beriman hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan (kebenaran) kerana Allah menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil itu lebih dekat kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” – Surah al-Maidah: 8

Rasulullah juga melarang sahabat menyerang kafilah Quraisy yang lalu di kawasan mereka di luar kota Makkah kerana tindakan itu tidak mencerminkan akhlak Islam yang adil dan jujur berpegang pada perjanjian damai walaupun kepada kaum minoriti.

Menjadi majoriti tidaklah menghalalkan umat Islam berlaku zalim bahkan Umar pernah berpesan kepada pemimpin Islam pada masa beliau bertakhta sebagai khalifah: “Aku mengutus kamu semua bukan untuk menumpahkan darah manusia tetapi untuk mengajarkan agama kepada mereka.”

Pendekatan dakwah Islam bercirikan wasyatiyah. Ia terbukti mampu memberi pulangan baik kepada umat Islam. Wasyatiyah diberi makna oleh Dr Yusuf Al-Qaradhawi dalam kitabnya Al-Khashaishul Ammah Li Al-Islam sebagai keseimbangan di antara dua jalan yang saling bertentangan.

Islam adalah sistem ciptaan Allah yang tidak mungkin bersifat kekurangan atau berlebihan. Ia adalah sistem yang seimbang dan adil bagi seluruh umat manusia seperti firman Allah bermaksud: “Dan demikian (pula) kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan supaya kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.” – Surah al-Baqarah: 143

Berbeza sistem diciptakan manusia sebagai jalan hidup dan panduan yang tidak mungkin terlepas daripada kekurangan bahkan berlebihan. Hal ini dapat dibuktikan melalui rentangan sejarah dan realiti masa kini.

Dr Yusuf Al-Qaradhawi menambahkan: “Jika pada kurun ke-19 komunis bertakhta, abad 20 pula kapitalis bermaharajalela, Insya-Allah abad 21 adalah milik Islam.”

Tamadun dan sistem serta fahaman manusia silih berganti. Umat Islam diharapkan mengambil peranan aktif di arena antarabangsa merebut peluang kecemerlangan dalam segala bidang.

Hal ini tidak akan mampu digalas tanpa memakai pakaian Islam yang sederhana, wasyatiyah, adil dan seimbang. Apa akan jadi jika umat Islam berkurangan dalam mengamalkan ajaran agamanya?

Ramai yang buta Islam kerana tidak faham syariat Allah bahkan mempersendakan hukum Allah. Ini kerana mereka terikut fahaman Barat yang percaya kepada akal saja bahkan dalil sahih pun mereka tolak kerana tidak selari dengan akal fikiran moden mereka.

Lalu ditafsirkan al-Quran mengikut kemahuan akal mereka. Ditinggalkan ulama muktabar bahkan dipersoalkan hadis Rasulullah kerana kononnya tidak sesuai dengan tuntutan zaman. Muncul sarjana berani menyuarakan pandangan kontroversi seumpama Dr Siti Musdah Mulia seorang pensyarah Pemikiran Politik Islam di School of Graduates Studies, Universiti Islam Syarif Hidayatullah, Jakarta.

Beliau juga seorang Profesor Penyelidik di Institut Sains Indonesia yang mendapat pengiktirafan Barat kerana menyokong gay dan lesbian, dengan kenyataannya memeranjatkan: “Homoseksual adalah perkara semula jadi dan ia diciptakan Tuhan. Oleh itu ia dibolehkan agama.”

Ada juga golongan terlalu berlebihan bertindak mengikut hawa nafsu. Panduan wahyu dan ajaran sunnah Rasulullah dianggap tidak cukup hebat bagi mereka. Sehingga ada yang beribadah melebihi ibadah Rasulullah, memberatkan agama yang sememangnya mudah.

Golongan yang berlebihan dalam mempercayai kuasa ghaib yang kononnya dimiliki orang tertentu pula tenggelam dalam alam khurafat dan syirik. Mereka tersasar dalam mengambil ilmu di luar jangkauan al-Quran dan hadis Rasulullah.

Ada pula menjalankan hukum melebihi ketentuan Allah sehingga menakutkan umat. Memberi imej keras dan kaku mengenai Islam seakan-akan menjajakan perkara haram saja. Mengenai isu toleransi antara umat beragama, mereka dengan mudah menjatuhkan kafir ke atas orang Islam yang mahu berdiplomasi dengan orang kafir.

Pada hal, Rasulullah sentiasa menjaga hak kafir zimmi. Golongan yang keras dan berlebihan ini akan sentiasa muncul menjejaskan imej Islam di mata dunia. Pengganas antarabangsa yang melakukan kerja bom bunuh diri sentiasa merekrut pengikut yang mudah dipengaruhi dengan fahaman kononnya menurut mereka daripada sumber Islam.

Pada hal, mereka menyelewengkan ajaran agama demi kepentingan dan maksud peribadi. Alangkah malang Islam jika umatnya berada pada dua paksi yang berlawanan, satu berlebihan dan satu lagi berkurangan dalam menjalankan ajaran agama.

Kembalikan kegemilangan Islam dengan sikap wasyatiyah. Berada pada pertengahan, seimbang dan adil. Mengambil Islam daripada sumber asal bukan berat ke kanan atau ke kiri tetapi di pertengahan. Allah ciptakan Islam sebagai sistem yang kukuh, kenapa kita berasa terlebih pandai dari ilmu-Nya?

Penulis ialah Mufti Perlis kini menjadi tamu Pusat Kajian Islam di Universiti Oxford, United Kingdom.

Written by aferiza

February 9, 2010 at 3:08 am

Posted in Tajdid Iman

Solat tahajud dapat perkukuh iman, elak perbuatan khianat

leave a comment »

DARIPADA Abdullah, katanya: “Diceritakan kepada Rasulullah, seorang lelaki yang tidur sepanjang malam hingga Subuh. Maka bersabda Rasulullah: Orang itu telah dikencing oleh syaitan di kedua-dua telinganya.” Hadis riwayat al-Bukhari.

Mengambil berat mengenai solat akan menjadikan seseorang Muslim bebas serta aman daripada gangguan syaitan. Bersikap sambil lewa terhadap solat menyebabkan syaitan akan mengambil peluang berdamping hingga menyebabkan seseorang itu malas dan lalai.

Bangun untuk mengerjakan solat malam (tahajud) adalah amalan sangat dituntut oleh Islam bahkan boleh menjadikan iman seseorang itu kuat. Amalan itu juga mampu menjadi benteng menangkis daripada sebarang perbuatan khianat (sihir) menimpa diri.

Islam menyarankan umatnya berwuduk sebelum tidur, membaca ayat al-Quran dan berzikir kepada Allah sewaktu hendak tidur sehingga terlelap.

Abu Hurairah meriwayatkan: “Sesiapa yang membaca ayat Kursi sebelum tidur, dirinya sentiasa di dalam peliharaan Allah manakala syaitan sekali-kali tidak mampu mendekatinya sehinggalah ke pagi.”

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Written by aferiza

February 9, 2010 at 2:45 am

Posted in Akidah, Solat

Pakaian..

leave a comment »

Sesak nafas bila tengok pegawai tinggi (P) not (L) punya pakaian…semuanya sendat…merimaskan…kami di arahkan berpindah lagi…

Banyak yang Allah nak aku tengok…pengajaran dan research kot.

p/s: asik terserempak ngan owner ni jerk…fuhh!…meeting lagi tadi ngan bos nih! dah makan gaji…cam tu lah! kali ni Aku, Shafiza, Razaullah, Rajasekaran, Mahendran, Atif, Venkata, Kathekayan akan stay di tingkat 2 balik.., Alyani, Satish ting 5, Mike, Hawazin, Yahya ke 6.

BUSINESS OWNER OF…University College ni lah!

Dato Idrus

Written by aferiza

February 8, 2010 at 4:12 pm

Posted in My Work

Type of Thinking

leave a comment »


Uses for Six Hats

  • Problem solving
  • Strategic planning
  • Running meetings
  • Much more

Six colors…

  • White: neutral, objective
  • Red: emotional, angry
  • Black: serious, somber
  • Yellow: sunny, positive
  • Green: growth, fertility
  • Blue: cool, sky above

…and six hats

  • White: objective facts & figures
  • Red: emotions & feelings
  • Black: cautious & careful
  • Yellow: hope, positive & speculative
  • Green: creativity, ideas & lateral thinking
  • Blue: control & organization of thinking

Written by aferiza

February 8, 2010 at 3:25 am

Posted in Ilmu

Saling membela, berkasih sayang erat ukhuwah

leave a comment »

Oleh Prof Madya Dr Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

Umat Islam disaran hulur bantuan kepada rakyat Palestin yang dizalimi Israel

PERSAUDARAAN Islam antara tonggak terpenting yang menyumbang ke arah kecemerlangan ummah. Sejarah Islam sudah memahatkan episod gemilang generasi Rasulullah SAW yang mengangkat martabat Islam ke mercu paling tinggi pada zaman permulaannya.

Masyarakat Islam berpaksikan pada prinsip persaudaraan dalam menghadapi pelbagai situasi seperti peperangan, perdamaian, penghijrahan dan perniagaan. Islam menganjurkan umat Islam membina persaudaraan dalam mesej utama kepada umatnya.

Biarpun berlainan bangsa, warna kulit, sempadan tempat dan bahasa, ia bukanlah batu penghalang ke arah itu dan Islam tetap menyatukan mereka atas dasar iman serta takwa kepada Allah.

Allah berfirman yang bermaksud: “Wahai umat manusia. Sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan bersuku-puak supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Ada dua prinsip utama mesti dipelihara setiap Muslim dalam membina persaudaraan sebagai pemangkin ke arah kekuatan dan kejayaan umat Islam iaitu prinsip saling membela serta prinsip saling berkasih sayang.

Prinsip saling membela bererti setiap Muslim tidak akan sama sekali membiarkan saudaranya direndahkan atau dihina. Dia juga tidak akan membiarkan saudaranya menghadapi bahaya sendirian melainkan wajib baginya untuk membantu, menolong, memperkuat, membela dan melindunginya.

Ini termasuk menjaga rahsia, memelihara aib masing-masing, menolong bila ditimpa musibah atau bahaya terhadap harta, jiwa dan kehormatannya.

Perlu ditegaskan rahmat dan pertolongan Allah hanya akan dikurniakan kepada orang beriman jika dia mempunyai komitmen kuat untuk membela dan membantu orang lemah seperti fakir miskin, membela orang difitnah dan dizalimi.

Sehubungan itu, Baginda Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya kalian hanya akan dibantu dan diberikan rezeki oleh Allah jika kalian semua membela orang yang lemah.” (Hadis riwayat Bukhari)

Membantu golongan fakir miskin bermaksud mengeluarkan sebahagian daripada anugerah Allah seperti harta, ilmu dan sebagainya untuk mengangkat taraf kehidupan mereka. Sementara membela orang dizalimi dan difitnah menuntut setiap Muslim berusaha membersihkan nama baik mereka.

Di samping itu, orang yang zalim juga harus dibela seperti mana ditegaskan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Bantulah saudaramu yang zalim mahupun yang dizalimi. Jawab sahabat: Kami akan membantunya sewaktu dia dizalimi, bagaimana pula kami akan membantunya bila dia berlaku zalim? Ujar Rasulullah: Kamu menegahnya daripada perbuatan zalimnya itulah erti membantunya.” (Hadis riwayat Bukhari)

Oleh itu, marilah bersama membantu dan menghulurkan pertolongan kepada saudara kita di Palestin berdasarkan kemampuan yang ada.

Inilah masanya dan giliran untuk membantu meringankan beban serta penderitaan dihadapi daripada segi kewangan, makanan, pakaian, perubatan dan doa supaya mereka lebih tabah, sabar serta diberikan kekuatan menghadapi kekejaman rejim zionis Israel yang zalim.

Umat Islam juga boleh mengambil tindakan memboikot barangan Amerika dan sekutunya sebagai tanda sokongan padu kepada warga Palestin yang kini berjihad mempertahankan maruah dan tanah air tercinta.

Prinsip kedua pula iaitu kasih sayang yang harus didasarkan atas keredaan Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman seseorang di kalangan kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya seperti dia mencintai dirinya sendiri.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Prinsip berkasih sayang asasnya meniupkan semangat besar dalam jiwa setiap Muslim bersama meringankan kesulitan hidup dialami saudaranya Muslim, bahkan turut sama mencari jalan menyelesaikan kemelut dan masalah umat.

Sejarah Islam mengabadikan wujudnya model unggul ukhuwah Islamiah yang ditampilkan kaum Ansar yang amat mencintai kaum Muhajirin. Lantas mereka sanggup membahagikan sama rata harta, tanah, barang dagangan, bahkan isteri kepada kaum Muhajirin yang sangat miskin.

Akhirnya kisah pengorbanan penuh gilang gemilang ini diabadikan Allah dalam al-Quran. Firman-Nya yang bermaksud:

“Orang tinggal di kota Madinah dan beriman (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang berhijrah kepada mereka. Mereka tidak menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberikan kepada mereka (Muhajirin) dan mereka mengutamakan (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri sekalipun mereka dalam kesusahan. Dan sesiapa yang terpelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah orang beruntung.” (Surah al-Hasyr, ayat 9)

Inilah contoh teladan persaudaraan tulen tiada tolok bandingnya terukir dalam sejarah Islam sehingga setakat ini yang diasaskan atas dasar akidah yang satu ditujukan khusus kepada Allah Maha Esa semata-mata, bukannya mengharapkan kepentingan duniawi atau manfaat bersifat sementara cuma.

Jelaslah, bagaimana Islam berjaya memupuk persaudaraan di kalangan kaum Ansar dan Muhajirin sehingga mereka saling bekerjasama, duduk sama rendah serta berdiri sama tinggi tanpa memandang kepada kelebihan pangkat dan keturunan.

Malah, mereka saling hormat menghormati dan bertoleransi antara satu sama lain sehingga mampu membentuk masyarakat yang bersatu dan kuat serta unggul dalam segala lapangan hidup. Mereka berjaya menonjolkan diri sebagai kuasa besar baru mengatasi kehebatan Rom dan Parsi serta berjaya menyebarkan risalah keadilan Islam kepada seluruh manusia.

Islam mengajar umatnya ikatan penghubung antara umat Islam adalah ukhuwah Islamiah, bukan kesukuan, kebangsaan atau

kepartian kerana Islam adalah satu-satunya ikatan yang diwajibkan oleh Allah kepada setiap Muslim.

Menjadi kewajipan setiap Muslim untuk meyakini setiap mereka adalah bersaudara. Firman Allah bermaksud:

“Bahawa sesungguhnya orang mukmin itu bersaudara kerana itu damaikanlah antara dua saudaramu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat.” (Surah al-Hujurat, ayat 10)

Written by aferiza

February 8, 2010 at 2:07 am

Apa Tanda Jika Anda Gagal ?

leave a comment »

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

successfailure.jpg

Tidak dapat dinafikan, kegagalan merupakan sesuatu yang amat pahit untuk ditelan. Kesakitan hasil darinya boleh menyebabkan seseorang amat terganggu dari sudut fizikal , mental, malah juga spritualnya.

Dari sudut mental, selain dari menjadi seseorang dan sesuatu yang boleh dipersalahkan, adakalanya ramai juga yang akan mengutuk diri sendiri, atas kegagalan yang menimpanya. Kutukan demi kutukan terhadap diri sendiri akhirnya bakal memakan dan membarahkan lebih banyak kekecewaan hingga membawa putus asa.

Menerima diri sebagai terus gagal dan akan terus terbuang. Diri akan terus menjauh dari masyarakat kerana terasa kerdil dan malu atas kegagalannya.

Dari sudut fizikal, bagi sesetengah individu, selera menjadi menurun hingga membawa implikasi kesihatan tubuh. Mankala yang lain pula sebaliknya bertambah selera makan akibat kegagalan, juga membawa kesan negative kepada kesihatan fizikalnya.

Akhirnya tanpa kesihatan fizikal, mental dan minda turut merosot, akhirnya kedua-duanya rebah dan sukar untuk bangkit kembali.

Dari sudut spiritual, kegagalan boleh mendatangkan dosa, ia juga boleh menambah pahala dan iman seseorang. Saya pernah bertemu seseorang yang gagal dalam PhD, terhakis keyakinannya terhadap konsep qada’ dan qadar Allah. Imannya tergoncang.

Tidak kurang ada yang menyalahkan Allah ta’ala sewaktu menghadapi sebuah kegagalan. Akhirnya, dia terus jatuh dari sudut spiritualnya, kejatuhan bersama mental dan fizikal. Sukar dirawati.

Namun begitu, ada juga kegagalan yang berjaya menjadi asbab seseorang mendekatkan diri kepada Allah ta’ala. Kembali kepada jalan lurus setelah bengkok. Lalu dia kembali bangkit dengan azam, plan dan laluan yang baru, lalu dia berjaya.

KEGAGALAN DAN SAYA

Saya sendiri pernah gagal dalam banyak perkara, namun Alhamdulillah, ia tanda kita perlu membuat perubahaan yang agak besar bagi memperbetulkannya. Tanpa usaha tersebut, kegagalan akan terus bernanah dan membunuh. Biasanya sebuah perubahan itu amat perit dan berat, lagi kurang selesa. Walau sukar dan berat, ia sebuah kemestian. Hasilnya apabila tepat cara pengendalikan kegagalan dan perubahan yang diperlukan, ia akan membuahkan hasil yang lebih baik.

Tatkala itu baru kita sedari, rupanya kegagalan itu adalah sebuah titik kepada penyambungan titik yang lain dalam kehidupan kita. Ia seperti sebuah simpang yang menjauhkan kita dari kesesatan atau melorongkan kita kepada satu laluan yang lebih baik untuk masa hadapan.

Saya teringat betapa kecewanya saya apabila tidak berjaya menyambung pelajaran di peringkat bachelor di Timur Tengah. Sekarang saya sedar dan tahu betapa besar hikmah untuk saya belajar di dalam Universiti Malaya, segala pengalaman yang diperoleh itu amat banyak mencorak kehidupan saya selepas itu. Akhirnya selepas tiga tahun menamatkan pengajian di UM, saya berjaya ke Jordan, bukan untuk peringkat Bachelor, tetapi Masters.

Banyak perkara dan jenis kegagalan dan saya kini sedar, hikmah dan kebaikan darinya, namun ia agak personel untuk dikongsikan. Apapun, semua jenis kegagalan yang menimpa, memerlukan satu proses perit yang lain. Bukankah Allah ta’ala telah mengingatkan “Sessunguhnya dengan kesukaran itu adalah kesenangan”

Apa yang mesti dan pasti, kita mesti meyakini bahawa kegagalan itu adalah sebuah proses yang amat perlu ditangani secara positif. Ia ibarat sebuah konflik yang mendesak minda dan aqal kita untuk lebih agresif dan kreatif untuk mencari jalan keluar. Tanpa disedari rupanya tanpa kegagalan, kita mungkin akan berterusan di takuk lama dan kurang kreatif.

UCAPAN STEVE JOBS YANG ‘BRILLIANT’

Di ketika saya menulis ini, saya amat kagum dengan tips dan nasihat Steve Jobs, CEO syarikat ternama dunia, Apple dan PIXAR. Pengasas iPhone, iPod dan iPAd.

Beliau menceritakan bagaimana beliau gagal di university yang akhirnya membuahkan idea penciptaan perisian dan komputer Macintosh, sebuah revolusi dalam dunia komputer malah ia merupakan idea yang ditiru kemudiannya oleh Bill Gates, pengasas Microsoft, dengan sedikit perubahan.

Beliau menceritakan bagaimana pada umur 30 tahun, akibat kebuntuan syarikat yang diasaskannya iaitu Apple, lembaga pengarah syarikat telah menolaknya keluar dari syarikat tersebut. Hasil kegagalan itu, lahirlah revolusi kartun moden menggunakan animasi komputer. Lahirlah animasi Toy Story yang amat popular. Jika tidak kerana kegagalan pertama, revolusi animasi seperti Toy Storymungkin belum pasti bila akan wujud.

Selain itu, pelbagai nasihat lain turut diberikan oleh Steve Job dalam ucapannya, termasuklah memastikan kita sudah menjumpai kerja dan bidang yang kita cinta dan minat, tanpa minat dan kecintaan kepada tugasan kita, setiap kerja akan menjadi beban. Namun bagi Muslim, minat tersebut mestilah dipastikan TIDAK BERLANGGAR dengan Hukum Islam. Apabila haram, ia wajib diubah kepada yang halal.

Ucapan beliau semakin menarik apabila mendedahkan bagaimana perana ‘merasa akan mati’ memotivasikan diri untuk membuat keputusan tepat dalam kehidupan.  Jobs berkata

“Remembering that I’ll be dead soon is the most important tool  I’ve ever encountered to help me make the big choices in life. Because almost everything – all external expectations, all pride, all fear of embarrassment or failure – these things just fall away in the face of death, leaving only what is truly important. Remembering that you are going to die is the best way I know to avoid the trap of thinking you have something to lose”

Dalam Islam, kematian memang sudah lama dijadikan prinsip oleh Rasulullah saw untuk diterapkan kepada umatnya agar berusaha berfikri sesuatu yang lebih penting dan meninggalkan yang penting dan kurang penting.  Bagi umat Islam, apa yang paling penting adalah apa yang akan kita bawa selepas mati. Justeru, fikirkan dan berubahlah. Janganlah menganggap kegagalan itu sesuatu yang terlalu besar, jadikan ia kunci untuk kejayaan seterusnya.

Benar, apa sahaja kegagalan boleh diatasi kesan buruknya, sehingga dilihat kerdil dan kecil serta boleh diatasi JIKA KITA MENYEDARI, kematian itu pasti dan sesuatu perlu dilakuakn segera untuk mempersiapkan diri kepadanya.

Dengarkan ucapan Steve Job, pengasas computer Apple, Animasi PIXAR, salah seorang billionaire di planet bumi.(anggaran asetnya bernilai USD5.1 billion). Pada hemat saya, ucapan beliau ini amat cemerlang. Sayangnya beliau belum mendapat hidayah kepada Islam.

Akhirnya, kegagalan jangan dicari, tetapi apabila ia datang, Ia tanda bahawa satu perubahan drastik diperlukan dalam rutin harian, mengubah zon selesa yang lapuk kepada sebuah zon baru yang tidak lagi gagal.

Jadikankegagalan sebagai ubat penawar yang maha pahit tetapi menyembuh luka yang dalam, terlihat dan tidak terlihat.

Sesungguhnya orang mukmin itu tidak sedih dan tidak takut kecuali Allah.

VIDEO : UCAPAN STEVE JOBS

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

21 Safar 1431 H

Written by aferiza

February 7, 2010 at 6:34 am

Hadith of the Day

leave a comment »

Rasul Allah (sal Allahu alaihi wa sallam) said: “Give due respect and regard to your children and decorate them with the best of manners.” [Abu Daud]

“Barangsiapa yang ALLAH mahukan kebaikan untuknya, nescaya DIA akan mengujinya dengan kesusahan” (Hadith Riwayat Al-Bukhari)

p/s; buatlah yang terbaik..InsyaAllah akan jadi baik..

Written by aferiza

February 7, 2010 at 4:48 am

Questions From God to Us

leave a comment »

By Maged Taman
God asks in the Quran questions to people that he is not waiting for an answer from them. The question itself has the right answer. It is a way of providing information in the form of question. It is a great way of teaching people. It invokes your intellect and the deep understanding of the message in the question. It also testyify to the power of the speaker and he is God. He does not want our answers but our understanding. I give here few examples.

1- Is not God who has the creation and commandment?: God is the creator of the earth and heavens, day, night, the sun, the moon and the stars. The one who created is the one who to have the commandment.

7:54 Lo! your Lord is Allah Who created the heavens and the earth in six Days, then mounted He the Throne. He covereth the night with the day, which is in haste to follow it, and hath made the sun and the moon and the stars subservient by His command. His verily is all creation and commandment Blessed be Allah, the Lord of the Worlds! إِنَّ رَبَّكُمُ اللّهُ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَى عَلَى الْعَرْشِ يُغْشِي اللَّيْلَ النَّهَارَ يَطْلُبُهُ حَثِيثًا وَالشَّمْسَ وَالْقَمَرَ وَالنُّجُومَ مُسَخَّرَاتٍ بِأَمْرِهِ أَلاَ لَهُ الْخَلْقُ وَالأَمْرُ تَبَارَكَ اللّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ (7:54)

2- God asks the disbelievers about their creation: are they created from non-existence or they are the creators? (since we are the only intelligent creation we know of).

52:35 Have they themselves been created without anything [that might have caused their creation]? Or are they the creators?أَمْ خُلِقُوا مِنْ غَيْرِ شَيْءٍ أَمْ هُمُ الْخَالِقُونَ (52:35)

3- God asks people about his signs of creation and if any of them they can deny:

-40:81 And He showeth you His tokens. Which, then, of the tokens of Allah do ye denyوَيُرِيكُمْ آيَاتِهِ فَأَيَّ آيَاتِ اللَّهِ تُنكِرُونَ (40:81)

4- God asks us: Is not by the remembrance of God hearts find rest?: the proof is in the verse the believers feel that.

13:28 Who have believed and whose hearts have rest in the remembrance of Allah. Verily in the remembrance of Allah do hearts find rest! الَّذِينَ آمَنُواْ وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللّهِ أَلاَ بِذِكْرِ اللّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ (13:28)

5- God asks the disbelievers if they can prove any of the false Gods able to create?:

10:34 Say : Is there of your partners (whom ye ascribe unto Allah) one that produceth Creation and then reproduceth it? Say: Allah produceth creation, then reproduceth it. how then, are ye misled! قُلْ هَلْ مِن شُرَكَآئِكُم مَّن يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ قُلِ اللّهُ يَبْدَأُ الْخَلْقَ ثُمَّ يُعِيدُهُ فَأَنَّى تُؤْفَكُونَ (10:34)

6- God asks the disbeliever: Where are they turnning to?: God is the truth and beyond him is error so where are you turning to.

10:32 Such then is Allah, your rightful Lord. After the Truth what is there saving error? how then are ye turned away! فَذَلِكُمُ اللّهُ رَبُّكُمُ الْحَقُّ فَمَاذَا بَعْدَ الْحَقِّ إِلاَّ الضَّلاَلُ فَأَنَّى تُصْرَفُونَ (10:32)

7- God asks us the disbelievers why do they disbelieve?: and they were not and now they are and they will die and return to him:

2:28 How disbelieve ye in Allah when ye were dead and He gave life to you! Then he will give you death, then life again, and then unto Him ye will return. كَيْفَ تَكْفُرُونَ بِاللَّهِ وَكُنتُمْ أَمْوَاتاً فَأَحْيَاكُمْ ثُمَّ يُمِيتُكُمْ ثُمَّ يُحْيِيكُمْ ثُمَّ إِلَيْهِ تُرْجَعُونَ (2:28)

8- God asks the people of the book why they disbelieve in Islam: while they bear witness it is the turth since its prophet was described to them and the Quran describes to them the truth of their religions.

3:70 O People of the Scripture! why disbelieve ye in the revelations of Allah, when ye (yourselves) bear witness (to the truth) ? يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللّهِ وَأَنتُمْ تَشْهَدُونَ (3:70)

Read also:

3:71 O People of the Scripture! why confound ye truth with falsehood and knowingly conceal the truth? يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَلْبِسُونَ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ (3:71)

3:98 Say: O People of the Scripture! why disbelieve ye in the revelations of Allah, when Allah (Himself) is Witness of what ye do. قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللّهِ وَاللّهُ شَهِيدٌ عَلَى مَا تَعْمَلُونَ (3:98)

3:99 Say: O People of the Scripture! why drive ye back believers from the way of Allah, seeking to make it crooked, when ye are witnesses (to Allah’s guidance)? Allah is not unaware of what ye do. قُلْ يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لِمَ تَصُدُّونَ عَن سَبِيلِ اللّهِ مَنْ آمَنَ تَبْغُونَهَا عِوَجًا وَأَنتُمْ شُهَدَاء وَمَا اللّهُ بِغَافِلٍ عَمَّا تَعْمَلُونَ (3:99)

9- God asks the disbelievers why they strive to reach the fire: why they sell guidance for error.

2:175 Those are they who purchase error at the price of guidance, and torment at the price of pardon. how constant are they in their strife to reach the Fire! أُولَـئِكَ الَّذِينَ اشْتَرَوُاْ الضَّلاَلَةَ بِالْهُدَى وَالْعَذَابَ بِالْمَغْفِرَةِ فَمَآ أَصْبَرَهُمْ عَلَى النَّارِ (2:175)

10- God asks Muhammad about those disbelievers of the past if he sees or hear one of them: Which gives you the power of God in their destruction and in being eternal and the disblievers just comes and goes.

19:98 And how many a generation before them have We destroyed! Canst thou (Muhammad) see a single man of them, or hear from them the slightest sound? وَكَمْ أَهْلَكْنَا قَبْلَهُم مِّن قَرْنٍ هَلْ تُحِسُّ مِنْهُم مِّنْ أَحَدٍ أَوْ تَسْمَعُ لَهُمْ رِكْزًا (19:98)

11- How then it will be when it will be (the day of judgament):

فَكَيْفَ إِذَا جَمَعْنَاهُمْ لِيَوْمٍ لاَّ رَيْبَ فِيهِ وَوُفِّيَتْ كُلُّ نَفْسٍ مَّا كَسَبَتْ وَهُمْ لاَ يُظْلَمُونَ (3:25)
3:25 (Picktall) How (will it be with them) when We have brought them all together to a Day of which there is no doubt, when every soul will be paid in full what it hath earned, and they will not be wronged.

12-God asks man how remembrance will help him in the day of judgment: the answer is easy it will be too late when he sees hell, face to hell.

89:23 And hell is brought near that day; on that day man will remember, but how will the remembrance (then avail him)? وَجِيءَ يَوْمَئِذٍ بِجَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ يَتَذَكَّرُ الْإِنسَانُ وَأَنَّى لَهُ الذِّكْرَى (89:23

Written by aferiza

February 7, 2010 at 4:46 am

Posted in Akidah

“True Colors”

with one comment

Written by aferiza

February 7, 2010 at 4:39 am

Posted in Music

Menilai Meja Kopi

leave a comment »

oleh: Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin

Saya menulis artikel ini dalam keadaan yang amat letih. Petang Sabtu seperti biasa adalah waktu penamat untuk pengiriman artikel. Pagi tadi (Sabtu) saya baru sahaja sampai dari London. Pergi ke sana hanya dua hari setengah. Sempat untuk mengisi dua ceramah. Satunya khas untuk siswi dan satu lagi majlis yang agak besar. Majlis muzakarah bersama saya itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin politik tanahair.

Di samping itu, saya sempat berjumpa dengan beberapa sahabat karib yang sering bertukar-tukar pandangan. Mereka masih di United Kingdom. Antara mereka penulis terkenal dengan ketajamannya Saudara Maszlee Malik dan peguam yang ternama Saudara Ahmad Jailani. Mereka bakal mendapat Ph.D masing-masing insyaAllah.

Sahabat saya Mufti Perlis sekarang, Dr Juanda juga ada bersama. Berjumpa sahabat-sahabat yang saling memahami kadang-kala lebih membahagiakan dari berjumpa dengan mereka yang mempunyai hubungan kekeluargaan tetapi hidup di alam yang berbeza.

Kami berjumpa seperti biasa. Itulah kami, setiap kali berjumpa berbagai-bagai tajuk akan muncul, dan tidak lupa juga masing-masing bertanya khabar buku atau karya ilmiah baru yang berkaitan. Saudara Maszlee agak jaguh mengenai buku-buku Barat ini. Walaupun dua hari amat singkat untuk kami ‘bersembang’ kesemua tajuk yang membabitkan masa depan umat Islam, negara dan rakyat Malaysia namun seperti biasa ia satu kesempatan yang manis.

Memang jika kita duduk berbincang tajuk-tajuk sedemikian dengan jiwa yang ikhlas dan mengharapkan kebaikan masa depan dakwah, umat dan rakyat, terlalu lazat dan enak rasanya. Ia meresap dalam jiwa masing-masing. Pembentangan pemikiran, fakta dan penilaian amat mengasyikkan. Bagaikan dibuai angin yang sepoi-sepoi bahasa, waktu berlari selaju meter tajuk-tajuk yang dibincangkan.

Bilik sewaan MSD, meja kopi di Café Italy, Malaysia Hall dan kedai buku terpakai yang kami bertawaf dalamnya menyaksikan berbagai pandangan, impian, hasrat dan kerisauan tentang masa depan Malaysia. Senda gurau dan lawak jenaka menyulami perbincangan di sana sini. Demikian kami dan sahabat-sahabat kami yang lain. Demikian juga saya yakin kebanyakan pembaca sekelian. Berbual dan bersembang bukan tiada faedahnya. Cumanya, apakah yang patut kita isi dalam perbualan dan pertemuan antara kita.

Saya catat hal ini bukan untuk menunjukkan apa yang kami lakukan. Orang lain lakukan lebih baik dari kami. Cumanya, saya ingin ingatkan pembaca tentang kepentingan tajuk ini. Manusia ini secara umumnya makhluk bersosial. Kita inginkan teman dan rakan untuk meluahkan perasaan dan mendengar pandangan. Kadang-kala kopi dan teh hanyalah hiasan hidangan, ‘sembang-sembang’ itu yang penting. Ramai orang membazir masa sahaja kalau bersembang.

Ya, bersembang kosong memang membazir masa, bahkan kadang-kala menempah berbagai dosa. Namun berbual bersama teman, apatah lagi dengan insan-insan yang berilmu banyak faedahnya. Perbualan yang diisi dengan ilmu dan nasihat serta lontaran cadangan dan idea yang baik, amatlah diperlukan oleh insan yang ingin membangun. Meja kopi dan teh boleh menjadi meja ilmu dan nasihat menasihati kepada kebenaran dan kesabaran atas amanah perjuangan seperti yang diajar oleh Surah al-‘Asr.

Diriwayatkan Al-Imam Abu Yusuf Ya’kub bin Ibrahim iaitu ilmuwan besar sahabat al-Imam Abu Hanifah ketika sakit hendak meninggal dunia masih lagi berbual tentang ilmu. Ketika muridnya Ibrahim bin al-Jarrah menziarahinya di dapati beliau pitam kesakitan. Namun apabila beliau sedar sahaja dan melihat wajah muridnya itu, terus dia berbincang dengan muridnya tersebut mengenai hukum syarak. Muridnya berkata:

“Apakah pada waktu yang sebegini?”. Kata Abu Yusuf: “Tak mengapa, kita kaji, mana tahu barangkali menyelamatkan seseorang”. Selepas perbincangan, anak muridnya hendak keluar, tetapi apabila sampai sahaja ke pintu, beliau mendengar tangisan yang hadir tanda gurunya itu telah meninggal dunia. (Abu Ghuddah, Qimah al-Zaman ‘Inda ‘Ulama, m.s 15).

Ini ilmuwan dan begitulah kita jika ingin mendapatkan ilmu. Sebab itu duduk berbual dan berbicara dengan ilmuwan merupakan perkara yang terpuji dalam agama ini. Pergi berjumpa ilmuwan, mendampingi mereka, mendengar pandangan mereka, mengambil faedah dari hikmah dan ketajaman minda mereka dapat membentuk dan membangunkan seseorang.

‘Auf bin ‘Abdillah pernah berkata kepada isteri sahabat Nabi s.a.w Abu Dardak iaitu Umm al-Dardak:

“Apakah kami duduk bersama engkau menyebabkan engkau jemu?”. Jawabnya: “Aku telah berusaha agar setiap perkara menjadi ibadah. Tiada yang lebih mengubati jiwaku dari duduk bersama ulama” (Al-Nawawi, Tahzib al-Asma wa al-Lughat, 1/953).

Perbualan boleh menjadi ibadah jika isi kandungannya mengingatkan kita kepada kebenaran dan kesabaran atas jalan Allah. Ia membangunkan minda dan jiwa. Sepatutnya, setiap kita ambil kesempatan ini. Sekalipun jika tiada ilmuwan atau cerdik pandai besar dalam perbualan kita, kita mesti berusaha menjadikan perbincangan atau ‘meja kopi’ kita dihiasi dengan perkataan dan pandangan yang berusaha kepada kebaikan dan pembangunan pemikiran. Setiap orang dengan kadar ilmunya berbicara kepada rakan apa yang dipelajari dan didapati dari bahan-bahan ilmu yang baik. Maka berfaedahlah waktu makan dan minum kita ketika bersama rakan dan sahabat handai.

Ramai dalam kalangan kita yang tidak menjadikan meja kopinya meja ilmu. Apabila duduk dengan teman dan rakan mereka jadikan perbualan kosong yang tidak membangunkan minda dan jiwa mencuri peruntukan umur yang diberikan kepada mereka. Berbual dan bersenda bukanlah dilarang. Agama ini bukannya sempit dan jumud. Namun setiap perkara dengan kadarnya.

Jika setiap kali duduk di meja kopi dipenuhi dengan perbualan kosong, atau dusta atau menyakitkan orang lain tanpa alasan yang benar adalah melampaui batasan agama. Setiap kita patut meninggalkan meja yang seperti itu. Rosaknya sesetengah masyarakat melayu kerana ‘meja kopi’ yang menelan umur dan membazir hayat.

Tajuk-tajuk perbincangan yang tidak memberikan faedah pada diri ataupun masyarakat bahkan merosakkan diri dan orang lain sering memenuhi kedai kopi kita. Samada pada waktu pagi, ataupun ketika rehat bekerja, meja kopi menjadi tempat membazir pahala dan mengumpul dosa. Ada yang lupa hal diri dan keluarga sendiri, sibuk hal orang lain di kedai kopi. Tanpa rasa malu pada diri, apatah lagi kepada Allah yang memberikan umur kepadanya sanggup pergi balik ke kedai kopi untuk mencari ‘rakan bual kosong’ bagaikan orang ketagihan candu.


- Gambar Hiasan

Di kampung-kampung orang melayu bukan sedikit hal yang demikian. Dari situ munculnya berbagai bisikan dan gossip dalam masyarakat kita. Sudahlah taukeh kedai pun tidak untung seberapa dengan secawan kopi tetapi duduk berjam-jam. Keluarga pula terabai. Masa yang dibazirkan di meja kopi itu jika dikumpulkan, barangkali orang melayu sudah mampu menguasai ekonomi negara ini.

Namun, lawatilah kedai-kedai kopi di sesetengah tempat. Di penuhi dengan ‘kaki-kaki lepak’ yang sebahagian sudah menjelang umur senja. Jika anak muda Melayu ramai yang suka lepak, orang tua-tua melayu yang suka lepak pun peratusnya pun bukan sedikit dalam masyarakat kita.

Sebab itu al-Quran melarang perbuatan lagha atau sia-sia dalam bicara yang berfaedah. Firman Allah:

(maksudnya) Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Juga mereka yang khusyuk dalam solatnya. Juga mereka yang menjauhkan diri dari yang lagha” (Surah al-Mukminun, ayat 1-3). Kata al-Imam al-Sa’di dalam tafsirnya: “Lagha itu perkataan yang tiada kebaikan dan tiada faedah”.

Bersembang, berbual dan duduk di meja kopi bukan salah. Namun pengisiannya itu mestilah diislamisasikan. Jangan jadikan ia meja ‘lagha’ atau sia-sia. Jangan jadikan ia meja dosa. Jadikan ia meja pahala. Meja yang membangunkan minda. Menmbangunkan ilmu dan kebaikan, bukan membangunkan kejahatan dan mensia-siakan umur. Jika tidak mampu jadikan ia meja kebaikan, lebih baik tinggalkan sahaja!!

Written by aferiza

February 7, 2010 at 3:37 am

Posted in dakwah

Keperluan nilai murni dalam pembangunan insan

leave a comment »

Oleh Shuhairimi Abdullah
shuhairimi@unimap.edu.my

Kehidupan perlu berpandukan wahyu selari dengan tuntutan agama dan fitrah manusia

PADA asasnya, nilai murni adalah nilai bersifat universal yang menjurus kepada adab terpuji, peradaban dan tatasusila individu dalam kerangka perhubungannya dengan tuhan, manusia dan alam. Perbincangan nilai murni cenderung membahaskan domain nilai substantif seperti agama, rohaniah, moral dan estetika yang mencetuskan stimulasi positif seperti ketenangan emosi, kedamaian pemikiran, jiwa yang bersih dan keluhuran akal budi manusia.

Nilai murni juga merangkumi set nilai yang terdiri daripada nilai instrumental, nilai mutakhir dan nilai integratif. Berdasarkan kepada penjelasan ini, dapatlah difahami bahawa unsur-unsur alam dan benda yang lain di luar kategori manusia, dianggap tidak mempunyai nilai murni.

Umumnya, nilai murni dari perspektif Islam berfungsi sebagai petunjuk dan memandu manusia ke arah kesejahteraan dan kebahagiaan melalui pedoman wahyu. Nilai-nilai murni Islam lebih fokus kepada harmonisasi antara doktrin rabbani dan kemanusiaan untuk mencapai kejayaan hakiki dalam dimensi duniawi dan ukhrawi.

Nilai murni pada pandangan Islam bersifat alami dan diikat dengan doktrin agama. Individu yang menghayati nilai-nilai itu akan mendapat ganjaran kebaikan. Bagaimanapun, jika berlaku sebaliknya dengan nilai-nilai berkenaan, maka pelakunya akan mendapat dosa. Justeru, melihat kepentingan itu, manusia diingatkan supaya memperkaya dan melengkapkan diri dari aspek zahir dan batin dengan nilai-nilai yang positif.

Ini kerana, apabila keperluan rohaniah manusia dari aspek jasad dan roh tidak disantapkan dengan nilai luhur, ia boleh menyebabkan berlakunya kecacatan. Secara tidak langsung ia boleh merosakkan fungsi asal manusia untuk menjadi insan berkualiti. Meskipun pada zahirnya kelihatan jasad individu itu nampak sihat, dari aspek batiniahnya dijangkiti dengan penyakit yang boleh merosakkan jiwa. Akibatnya, timbullah sifat gelisah, marah, dendam, kecewa dan pelbagai lagi sifat tercela.

Kehidupan manusia di atas muka bumi ini bukanlah hanya bertujuan untuk memenuhi survival melangsungkan kehidupannya sebagai makhluk seperti makan, minum, berkeluarga, mengembangkan zuriat, bermasyarakat dan sebagainya. Keperluan yang dinyatakan itu cuma bersifat menyempurnakan masalah asasi yang dihajati oleh manusia. Objektif yang perlu dicapai oleh manusia daripada perspektif konsep pandangan hidup Muslim lebih tinggi dan murni daripada keperluan berkenaan. Read the rest of this entry »

Written by aferiza

February 6, 2010 at 10:43 am

Posted in Akhlak

Perkara Ajaib di Dalam Minda

leave a comment »

oleh: Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

Apakah anda bersetuju jika saya katakan terdapat banyak perkara ajaib tersembunyi di dalam minda?

1) Tenaga ajaib tersembunyi dalam minda

Percaya atau tidak apabila anda sentiasa memikirkan tentang kenyang, anda tidak akan lapar. Buktinya apabila anda menjalani ibadah puasa, anda tidak berfikir pun tentang makan sepanjang hari, tetapi anda tetap mampu melakukan aktiviti-aktiviti kehidupan sebagaimana biasa. Padahal pada hari-hari biasa, awal pagi lagi anda sudah terasa hendak makan.

Demikianlah apabila anda tidak lansung memikirkan tentang penat, anda akan cergas dan bertenaga sepanjang hari.

Sebaliknya apabila anda mula berkata ”Aku malaslah hari ini”, “Aku boringla hari ni”, anda akan benar-benar malas dan boring. Maka jika anda ingin cemerlang dan berjaya, bijak-bijaklah berhubung dengan imaginasi. Imaginasi boleh menjadikan anda apa sahaja. Daripada sini kita boleh simpulkan, ”Kita sendirilah yang meminta setiap apa yang berlaku pada diri kita.

2) Berkomunikasi dengan minda ke minda

Apabila anda mengingat seseorang, dan jika ingatan anda itu jujur, ikhlas dan bertanggungjawab, dan tiada sebarang gangguan, anda sebenarnya telah pun menghantar gelombang minda kepada orang itu. Anda mungkin mendapat tindak balas yang menakjubkan. Read the rest of this entry »

Written by aferiza

February 6, 2010 at 1:44 am

Posted in Motivasi

UPKK

leave a comment »

Alhamdulillah…Aida Nazurah mendapat 7A1B dalam peperiksaan UPKK bagi murid tahun 5.  The Sirah one is equal to  B and the rest are A…sujud syukur!

UPKK ni adalah peperiksaan bagi sekolah agama KAFA dan antara subject yang ditawarkan adalah

1) Membaca Al-Quran
2) Menghafaz Al-Quran
3) Amali Solat
4) Penghayatan Cara Hidup Islam
5) Menulis Jawi
6) Ulum Syariah 1 (Feqah / Tauhid)
7) Ulum Syariah 2 (Sirah / Akhlak)
8) Asas Bahasa Arab

Banyak sungguh peperiksaan untuk budak2 sekolah sekarang nih ek! Tahniah…dan tahun nih ada 2 peperiksaan besar yang akan dihadapi oleh Aida..UPSR dan UPSRA.

Di sekolah agama ni….ramai juga murid yang berhenti sekolah agama untuk fokus pada UPSR????

apa pendapat ibu bapa??? payah nak jawab!!! semoga alah bisa tegal biasa! BISMILLAH…

p/s: Aku ada kenangan ke sekolah agama???!!!…walaubagaimanapun doakanlah mereka2 yang akan menghadapi apa2 jua peperiksaan dan yang sedang menuntut ilmu, semoga berjaya dunia akhirat…ameen! adios!

Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. Yang Mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dialah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya). (Al baqarah : 255)

http://aferiza.wordpress.com/2010/02/07/true-colors-piano-cover-cindy-lauper/

Written by aferiza

February 5, 2010 at 4:47 pm

Posted in Ilmu, My Story, Pendidikan

Tears in heaven

leave a comment »

Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don’t belong
Here in heaven

Would you hold my hand
If I saw you in heaven
Would you help me stand
If I saw you in heaven
I’ll find my way, through night and day
Cause I know I just can’t stay
Here in heaven

Time can bring you down
Time can bend your knee
Time can break your heart
Have you begging please
Begging please

(instrumental)

Beyond the door
There’s peace I’m sure.
And I know there’ll be no more…
Tears in heaven

Would you know my name
If I saw you in heaven
Will it be the same
If I saw you in heaven
I must be strong, and carry on
Cause I know I don’t belong
Here in heaven

Cause I know I don’t belong
Here in heaven

p/s: I  read the Qaf surah…a lot of the answer there…enjoy your reading! and have a nice weekend holiday…me? this week got no class…but have to concentrate to the assignments  and writing…InsyaAllah… after CNY, will go to UTM JB bahagian Unit Quality to meet Dr Samad regarding quality matter for my MQA system development business process. and at the same time balik kampung…Bandar Baru Uda,  JB

Written by aferiza

February 5, 2010 at 2:32 pm

Posted in Music

5 hb..

leave a comment »

hari ini genap 2 bulan ibu meninggalkan kami..rindu juga :)

Alfatihah!

Written by aferiza

February 5, 2010 at 2:00 pm

Posted in Mak, My Story