Golongan ini juga berhujah dengan hadith tentang peristiwa nabi memacakkan pelepah tamar di kubur sahabatnya yang sedang disiksa. Mereka juga berkata pelepah tamar itu telah menjadi syafaat kepada mayat di dalam kubur. Benarkah dakwaan ini? Sebenarnya soalan tersebut telah dijawab oleh artikel di link ini.
Perlu diketahui bahawa sebenarnya bukan batu sungai sahaja yang bertasbih, tetapi semua makhluk Allah sebagaimana Firman Allah: al-Isra’[17.44] Langit yang tujuh dan bumi serta sekalian makhluk yang ada padanya, sentiasa mengucap tasbih bagi Allah; dan tiada sesuatupun melainkan bertasbih dengan memujiNya; akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka. Sesungguhnya Ia adalah Maha Penyabar, lagi Maha Pengampun.
Pada satu pagi, semasa bangun subuh, saya mendengar laungan azan, secara tiba-tiba saya terdengar anjing yang dimiliki oleh jiran India saya menyahut seruan azan. Bukan sekali tetapi berkali-kali. Ini tambah mengukuhkan lagi ayat di atas. Akhirnya, sila tonton video di bawah ini untuk tambah menyakinlan lagi anda bahawa semua makhluk sememangnya bertasbih kepada Allah dengan tasbih mereka yang tersendiri.






subhanallah
ateh
February 17, 2009 at 12:34 pm