Cahaya Hidayah

Hati, Ujian dan Kepatuhan

Keputusan muktamad…PPSMI dimansuh 2012

with one comment

PUTRAJAYA 8 Julai – Mata pelajaran Sains dan Matematik akan kembali diajar dalam bahasa Melayu di sekolah kebangsaan manakala bahasa ibunda di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil mulai 2012.

Keputusan Kabinet hari ini mengubah dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada 2003.

Serentak itu, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan strategi untuk memartabatkan bahasa Melayu (MBM) serta memantapkan penguasaan bahasa Inggeris (MBI) di semua peringkat persekolahan.

Kerajaan juga menawarkan pendekatan baru dalam pengajaran Sains dan Matematik bagi meningkatkan keupayaan murid untuk menguasai kedua-dua cabang ilmu itu dan teknologi demi masa depan negara.

Kata beliau, keputusan memansuhkan PPSMI dibuat setelah kerajaan meneliti secara terperinci hasil kajian dan pemantauan mengenai dasar itu yang menunjukkan ia tidak dapat dilaksanakan seperti dihasratkan.

Justeru untuk memastikan pemansuhan itu tidak menjejaskan pencapaian murid yang sedang mengikuti PPSMI, pengajaran dan peperiksaan untuk kedua-dua mata pelajaran itu akan dibuat dalam dwi bahasa sehingga kohort terakhir PPSMI tamat pada 2014.

“Pelaksanaan (sepenuhnya dalam bahasa Melayu) akan dibuat secara bertahap di tahun satu dan tahun empat di sekolah rendah dan tingkatan satu dan empat di sekolah menengah bermula pada 2012.

“Perubahan ini bagaimanapun tidak melibatkan tingkatan enam dan matrikulasi,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurut Muhyiddin, pemantauan Kementerian Pelajaran tahun lalu mendapati hanya sebahagian kecil guru menggunakan bahasa Inggeris sepenuhnya dalam pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik.

Begitu juga secara purata peratusan penggunaan bahasa Inggeris adalah antara 53 hingga 58 peratus daripada keseluruhan masa yang diperuntukkan bagi mata pelajaran Sains dan Matematik.

Pada masa sama, kata beliau, peratusan murid yang mendapat gred A, B dan C bagi mata pelajaran Sains dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) 2008 merosot daripada 85.1 peratus kepada 82.5 peratus bagi sekolah bandar dan daripada 83.2 peratus kepada 79.7 peratus bagi sekolah luar bandar.

“Bagi mata pelajaran Matematik, pencapaian murid bandar merosot daripada 84.8 peratus kepada 80.9 peratusmanakala pencapaian murid luar bandar merosot daripada 80.9 peratus kepada 77 peratus.

“Jurang pencapaian antara sekolah bandar dan luar bandar dalam mata pelajaran Sains dan Matematik semakin melebar semasa PPSMI dilaksanakan,” katanya.

Muhyiddin berkata, selain pemantauan yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran, Laporan Trends in Mathematics and Science Study 2007 menyatakan kedudukan murid Malaysia dalam mata pelajaran Sains merosot daripada tangga ke-20 pada 2003 ke tangga ke-21 pada 2007.

“Bagi mata pelajaran Matematik pula, kedudukan murid merosot daripada tangga ke-10 pada 2003 ke tangga ke-20 pada 2007,” katanya.

Muhyiddin memberitahu, kajian universiti-universiti tempatan pula mendapati tahap peningkatan penguasaan bahasa Inggeris murid adalah nominal, iaitu tidak lebih tiga peratus sepanjang pelaksanaan PPSMI.

“Tahap penguasaan bahasa Inggeris di kalangan murid terutamanya di luar bandar masih rendahmenyebabkan mereka sukar untuk memahami pengajaran Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris.

“Berdasarkan pengamatan ini, kerajaan yakin Sains dan Matematik perlu diajar dalam bahasa yang mudah difahami oleh murid iaitu bahasa Melayu di sekolah kebangsaan, bahasa Cina di SJKC dan bahasa Tamil (SJKT),” katanya.

——————————————————————————————–

p/s: aku sambut dengan perasaan horrey, Alhamdulillah…sebagai ibu yang mempunyai anak2 yang masih belajar. Walau camna pun anak2 kena amik dalam English juga…anyway..I wish you good luck!

Subjek English, my daughter score A…Alhamdulillah takda masalah. Dia kawan ngan cucu A.Samad said…BM pun ok. Bahasa Arab..agak susah…sebab dia mula masuk sekolah agama umur 10 tahun. I wish her the best. InsyaAllah

Sejarah..jumpa buku ala-ala komik kartun untuk PMR..tingkatan 1 – 3, Mungkin itu lebih menyeronokkan sambil hafal dengan membaca komik. Setakat ni tu antara usaha2 yang bule di lakukan…dan SURAH ANBIYA 79 DAN AL ARAAF 171.

http://aferiza.wordpress.com/?s=Kita+Harus+Belajar+dan+Berilmu

Written by aferiza

July 9, 2009 at 2:58 am

Posted in Pendidikan

One Response

Subscribe to comments with RSS.

  1. Assalaamualaikum

    Bolehlah tapi macam kami ni di KL khawatir Indon tambah runtuh bagai durian ajtuh bila di bawah SBY lagi, kerana rakyat Indon maskin miskin pastilah kerana haluan SBY-Boediono memang neolib. Dan baca ini dan sebarkan ke email semua rakan-rakan kita, salam dari kami budak-budak seKL Malaysia:

    RATNA VS. PERSENTER SHIHAB TELEVISYEN METROTV

    Dari KL Malaysia barusaja kami budak-budak mahasiswa seMalaysia tengok kitikan Ibu Ratna Sarumpaet terhadap televisyen MetroTv Indon dalam sebauh acara presenetr Sihab. Ibu Ratna benar adanya kerana ebrharap ada semacam keinsyafan daripada SBY bahawa beliau harusnya menyatakan undi (pemilu) harusnya dijalankan dua putaran. Tapi harapan Ratna tampaknya akan sia-sia kerana SBY ambisus sangat ingin jadi preiden lagi walau sesungguhnya undi putaran pertama ini tidak sah, secara kualiti, karena DPT dan prosesnya samasekali tidak berjalan jujur dan tidak adil. Ratna juga mengritik pedas Metro yang turut membenarkan kemenangan tu. Semua tv Indon tampaknya tidak menyelidik dan tidak ebrpemikiran kebenaran dan tidak untuk rakyat, tetapi sekadar bisnis dan ramai-ramai, hura-hura, tak tahu musti siapa yang perlu dibela – rakyat bukan? Kami meski PM kami ucapkan selamat kepada SBY-Boediono tu hanyalah basa-basi bukan sesungguhnya. Sesungguhnya kami simpulkan dari KL bahwa undi putran kali ini di Indon yalah tisak sah karena pemilih banyak terhasut oleh ulah Quick Count yang bagaimnapun mencederai dan emnodai sangat demokarsi yang benar. Demokrasi yang benar yalah apabila itu didasari oleh DPT yang benar, jadi secara kualiti benar, bukan sekadar kuantiti yang dibesar-besarkan oleh Qucik Count manapun. Demokrasi akan benar apabila itu didasari oleh proses adri awal mula iaitu DPT dan jalannya undi secara benar. Di Indon kali ini, itu tdiak berlaku, tidak terjadi. Yang berjalan dua hari ini yalah pembohongan kepada rakyat oleh “tangan-tangan rapi pendukung dan pemanfaat kekuasaan, oleh orang-orang yang perolehi keuntungan dari kelemahan dan ketidaktegasan SBY selama ni dan dimasa mendatang apabila dia tetap dimenangkan di dalam ketidak absahan undi kali ini. Sayang sekali pesaing-pesaing politik SBY-Boediono tampak tak berani eprtanyakan perkara pelik dan etruk ni. Mereka bodoh, mski SBY dah menantang “semua bisa dilakukan secara hukum.” Tapi rupanya mereka lemah, tersenyumlah SBY-Boediono melenggang ke Istana. Bagi kami budak-budak mahaiswa KL Malaysia, undi Indon kali ini tidak sah. Quick Count dan tokoh-tokohnya dan barangkali pula MetroTV harus didemoa besar oleh rakyat dan mahasiswa Indonesia, harusnya mereka membakar gedung televisyen tu dan menculik tokoht-koh makelar perancang Quick Count. Dimanapun di dunia ni tidak boleh ada quick count yang berakibat mendorong konstituen akhirnya terprovokasi memilih SBY-Boediono. Di manapun di dunia ini yang hanya sah dalam undi/pemilu semata yalah real count dan itupun harus didasarkan pada DPT dan proses undi yang benar-benar jujur. Selamat berjuang lawan-lawan politik SBY, selamat berjuang rakyat Indonesia dan mahasiswa Indonesia. Bolehkah, dapatkah, kalian menang dan gagalkan SBY? Harusnya boleh, dapat. Beramalkah, beramalah, demolah, demolah. Berjayalah mahasiswa dan rakyat Indon yang terzalimi oleh peenrus Orba SBY-Boediono! Sesungguhnya hanya JK-Wiranto ataupun Mega-Prabowo pemimpin yang hendak majukan Indonesia, sebab SBY tidak mampu dan tidak jelas.

    Wassalaam

    Anastasia Rahim

    July 9, 2009 at 2:34 pm


Leave a Reply